Sungai Muar

Sungai Muar
سوڠاي موار
Muara Sungai Muar di Bandar Maharani
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri-negeriNegeri Sembilan dan Johor
Ciri-ciri fizikal
SumberBanjaran Titiwangsa
 • lokasiKampung Talang, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan
MuaraSelat Melaka 
 • lokasi
Bandar Maharani, Daerah Muar dan Tanjung Agas, Daerah Tangkak, Johor
Panjang250 km
Ciri-ciri lembangan
JambatanJambatan Sultan Ismail, Jambatan Kedua Muar dan beberapa jambatan kecil ke hulu

Sungai Muar merupakan sebatang sungai di Semenanjung Malaysia yang mengalir dari Talang, daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan hingga ke bandar Muar (juga dikenal sebagai Bandar Maharani), daerah Muar, Johor. Panjangnya adalah sekitar 250 km (155 bt), ia merupakan sungai ketiga terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang dan Sungai Perak, lebih panjang sedikit berbanding Sungai Kelantan.

Di Negeri Sembilan amnya, Sungai Muar merupakan salah satu daripada dua batang sungai utama yang menyaliri negeri itu, di samping Sungai Linggi. Dan di Johor pula, sungai ini merupakan sungai kedua terpenting di negeri tersebut, selepas Sungai Johor.

Bandar-bandar utama sepanjang sungai ini termasuk Kuala Pilah, Bahau, Segamat, Pagoh, Tanjung Agas, dan Muar.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search